http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/10/AZALINA-DEDAH-PERNAH-DITAWAR-HABUAN-UNTUK-LOMPAT-PARTI--1200x675.png
in

AZALINA DEDAH PERNAH DITAWAR HABUAN UNTUK LOMPAT PARTI

AZALINA DEDAH PERNAH DITAWAR HABUAN UNTUK LOMPAT PARTI

KOTA TINGGI 091020 – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui pernah ditawarkan pelbagai habuan untuk melompat parti.

Namun, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak khianat dan terus setia beesama UMNO hingga hari ini.

“Saya tidak keluar dan tidak lari (daripada perjuangan UMNO), saya pegang janji saya kepada orang Pengerang. Kita hidup mati bersama, mereka ikhlas dengan perjuangan saya dan saya juga ikhlas dengan perjuangan orang Pengerang,” katanya dalam ucapan sebelum menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Koop City Bandar Penawar di Hotel Lotus Desaru, dekat sini hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani antara Pengerusi Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad, Tahir Aris dan Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Nor Samsul Mohamed.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Syed Seih Abdul Rahman dan ADUN Penawar, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin.

MoU berkenaan ditandatangani antara Pengerusi Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad, Tahir Aris dan Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Nor Samsul Mohamed.

Dalam pada itu, Azalina yakin Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan terbaik dengan meletakkan kepentingan rakyat dalam menentukan hala tuju politik di negara ini.

Jelasnya, Agong akan membuat pertimbangan bijak dan sewajarnya selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap baginda Selasa ini.

“Kita tunggu Selasa ini tengok apa jadi. Selagi belum ada undang-undang lompat parti, siapa-siapa pun boleh lompat parti. Kita boleh dengar cerita lompat parti tiap-tiap minggu macam dalam cerita Hollywood atau Bollywood.

“Pening kepala rakyat, macam-macam berlaku. hari ini dia lompat (parti) esok dia pusing balik. Malapetakalah negara kalau macam ini.
Ini boleh berlaku (lompat parti) hari-hari, susahla macam ni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Koop City Bandar Penawar di Lotus Desaru Hotel dekat sini hari ini.

Semalam Anwar mendakwa, baginda telah memperkenankan permintaannya untuk bertemu pada 13 Oktober ini dan akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang kukuh.

Pada 23 September lalu, Anwar memaklumkan sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sehari sebelum itu, namun ditangguhkan kerana Seri Paduka menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – JT

(Visited 46 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0