ARAK SELUDUP BERNILAI HAMPIR RM300 RIBU DIRAMPAS

ARAK SELUDUP BERNILAI HAMPIR RM300 RIBU DIRAMPAS

JOHOR BAHRU – Dua buah kereta yang berada dalam keadaan mencurigakan di Gelang Patah, dekat sini mengundang syak anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua yang sedang melakukan rondaan harian malam tadi.

Rasa curiga itu berasas apabila PPM Wilayah Dua berjaya mengejar dan menahan dua buah kereta tersebut di dua lokasi berasingan sebelum menemukan minuman keras seludup bernilai RM282,281.

Komander Pasukan PMM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, sepasukan anggota dan pegawai PPM Wilayah Dua itu pada mulanya mengekori sebuah kereta sehingga ke sampai di Taman Nusaria, Gelang Patah.

“Pihak PPM berjaya memintas sebuah kereta Honda City 1.5
dan pemeriksaan pada pukul 8.20 malam itu menemukan 64 karton dan kotak arak seludup pada bahagian but dan tempat duduk belakang penumpang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, sejumlah 87 karton minuman keras tidak bercukai kastam ditemui juga di bahagian but dan tempat duduk belakang penumpang.

Pihaknya menahan pemandu dua kereta itu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan seorang lelaki warga Myanmar berusia 32 tahun.

Nilai keseluruhan rampasan arak dan dua kenderaan tersebut katanya, dianggarkan berjumlah RM282,281.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua, Tampoi di sini untuk tindakan lanjut.

Katanya, serbuan kedua pula dilakukan pukul 8.50 malam di Medan Nusa Perintis 8, Gelang Patah dan berjaya menahan kereta Hyundai Getz.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Muhd Zailani meminta masyarakat berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani isu-isu penyeludupan, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada PPM Wilayah Dua menerusi talian 07-2372221. – JT

(Visited 23 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: