4 RUMAH DI KG. NERAMBAI, REMBAU DIKENAKAN PKPD

4 RUMAH DI KG. NERAMBAI, REMBAU DIKENAKAN PKPD

REMBAU: Empat rumah di Kampung Nerambai, Lubuk China dekat sini, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar bermula jam 4 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Daerah Rembau Mohamad Najib Mustafa, berkata perintah itu dikenakan terhadap 10 individu dalam pemantauan (PUS) membabitkan empat rumah hingga keputusan ujian calitan COVID-19 kedua diketahui Isnin ini.

Penghuni empat kediaman berkenaan adalah kontak rapat dengan lapan sekeluarga yang positif COVID-19, baru-baru ini.

“Sepanjang pelaksanaan arahan itu, semua PUS tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan semua keperluan seperti makanan akan disediakan JPBD melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kawasan Mukim Titian Bintangor yang dikenakan PKPD secara bersasar bermula jam 4 petang tadi. – NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Kawasan Mukim Titian Bintangor yang dikenakan PKPD secara bersasar bermula jam 4 petang tadi. – NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
“Sekiranya keputusan kedua calitan COVID-19 negatif, PKPD secara bersasar di kawasan ini akan berakhir dan sekiranya positif, individu berkenaan akan dijemput oleh kakitangan kesihatan untuk ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, lapan sekeluarga di Kampung Nerambai disahkan positif COVID-19 dan difahamkan jangkitan adalah daripada seorang ahli keluarga wanita yang baharu pulang dari Labuan, Sabah dan ada majlis kenduri dianjurkan awal bulan ini.

Dalam pada itu, Mohamad Najib berkata, kawasan yang terbabit ketika ini dikawal anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sambil dipantau anggota polis bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk di kawasan berkenaan. – BH

(Visited 23 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: