2 MAUT, 1 CEDERA VIVA BERLANGGAR DENGAN TRELER

2 MAUT, 1 CEDERA VIVA BERLANGGAR DENGAN TRELER

KOTA TINGGI – Dua maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Felcra Sungai Ara, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian jam 5.45 petang melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan treler jenis Scania mengakibatkan pemandu dan penumpang kereta, Suhairi Katwali, 30, dan Norfatihah Md. Nasir, 32, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu treler, Mohd. Ruzuli Taha, 54, cedera.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Mereka turut dibantu sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV).

“Semasa tiba pihak kita mendapati kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing berikutan kereta remuk.

“Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas. Kedua-dua mangsa dalam kereta berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala pemandu yang mengalami kecederaan telah keluar sendiri dari treler dipandunya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kedua-dua mayat dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi, operasi tamat pada pukul 7.10 petang. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: