2 KUMPULAN CURI, PECAH CERMIN KERETA TUMPAS

2 KUMPULAN CURI, PECAH CERMIN KERETA TUMPAS

JOHOR BAHRU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah yang melakukan curi dan pecah cermin kereta di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, aktiviti kumpulan itu dapat dilumpuhkan selepas tiga lelaki ditahan termasuk seorang warga Indonesia.

Tiga suspek tersebut daripada dua kumpulan penjenayah yang berbeza tetapi melakukan jenayah sama.

Katanya, kesemua suspek berusia 32 hingga 42 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan dari jam 6 petang hingga 11.30 pagi, Jumaat dan Ahad lalu.

“Tangkapan warga tempatan dilakukan di Taman Maju Jaya dan Taman Pelangi manakala tangkapan warga asing di Taman Mount Austin.

“Daripada tangkapan itu polis menemui pelbagai barang curi hasil kegiatan pecah cermin kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tangkapan semua suspek tersebut berjaya menyelesaikan 10 kes pecah cermin kereta sekitar daerah Johor Bahru Selatan.

Menuerutnya, hasil semakan mendapati dua suspek warga tempatan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah manakala suspek warga asing itu tidak mempunyai sebarang rekod.

Mohd. Padzli berkata, suspek tempatan direman selama tiga hari manakala suspek warga asing selama 14 hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – JT

(Visited 11 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: