157 ORANG SUDAH JALANI UJIAN – VIDYANATHAN

157 ORANG SUDAH JALANI UJIAN – VIDYANATHAN

JOHOR BAHRU – Seramai 157 kontak rapat kepada Kluster Bakawali, iaitu pasangan suami isteri guru yang disahkan positif COVID -19 selepas pulang dari Sabah sudah menjalani ujian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan berkata, daripada jumlah tersebut, 70 orang didapati negatif, manakala 87 lagi masih menunggu keputusan ujian Yang dijalankan hingga semalam.

“Siasatan dan pengesanan kontak rapat dalam kalangan guru dan murid juga telah dijalankan. Kesemua kontak rapat tersebut akan dijalankan ujian COVID-19 dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin Johor melaporkan satu kluster baharu melibatkan sepasang suami isteri yang juga merupakan guru mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada 13 hingga 18 September lalu .

Pasangan itu pulang ke Johor pada 18 September lalu menaiki kapal terbang dari Tawau ke Johor Bahru, iaitu sebelum penetapan prosedur operasi standard (SOP) saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di Sabah.

Vidyanathan berkata, selepas pulang pasangan itu mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada 26 September lalu sebelum disahkan positif lalu dirujuk ke Hospital Kluang bagi rawatan lanjut.

“Susulan itu pengesanan kontak secara aktif telah dijalankan. Sehingga 30 September, sembilan kontak rapat telah didapati positif dan lapan kontak rapat tersebut bekerja di tempat kerja yang sama dan merupakan generasi pertama.

“Sementera itu, seorang kontak rapat adalah merupakan isteri kepada salah seorang pekerja tersebut dan merupakan generasi kedua. Premis bekerja tersebut (makmal) telah dijalankan proses dekontaminasi dan ditutup.

“Kesemua pekerja makmal tersebut juga menjalani ujian COVID-19 dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah selama 14 hari. Kes generasi kedua tersebut merupakan seorang guru (isteri kepada kes generasi pertama) yang bekerja di salah sebuah Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) di Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkembangan tersebut dan menggesa orang ramai yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah untuk hadir ke mana-mana fasiliti kesihatan bagi menjalani penilaian risiko penyakit Covid-19.

Vidyanathan mengingatkan semua yang disihatkan kuarantin perlu menjalani pengawasan dan pemerhatian sendiri di rumah selama 14 hari. – JT

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: