in

WARGA INDONESIA WUJUDKAN KLUSTER ORKIM DI PASIR GUDANG

WARGA INDONESIA WUJUDKAN KLUSTER ORKIM DI PASIR GUDANG

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baharu di Johor yang dikenal pasti sebagai Kluster Orkim membabitkan kru kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes pertama iaitu kes ke-10,572 yang dikesan membabitkan seorang kru kapal warganegara Indonesia.

Katanya, individu itu ke Singapura pada 10 September lalu dan mula menunjukkan gejala seperti demam, batuk, sesak nafas, cirit-birit dan muntah pada 13 September namun tidak memaklumkan perkara itu kepada majikannya.

“Beliau keluar dari Singapura pada 17 September dan hanya mendapatkan rawatan beberapa hari selepas itu iaitu 22 September.

“Beliau seterusnya dirujuk ke Hospital Permai, Johor di mana didapati positif COVID-19 pada 23 September dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BH

(Visited 17 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0