TERJUN DARI JAMBATAN PERMAS JAYA

TERJUN DARI JAMBATAN PERMAS JAYA

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari Jambatan Permas Jaya ke dalam Sungai Plentong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Âsisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, lelaki berusia 26 tahun itu terjun kira-kira pukul 10 pagi.

“Insiden tersebut disedari dua nelayan yang ketika itu berada átas jambatan berkenaan.

“Dua nelayan dari Kampung Bakar Batu itu mendengar jeritan sebelum têrnampak mangsa terkapai-kapai dan hampir lemas.

“Mereka kemudian menyelamatkan mângsa dan menariknya ke dalam perahu sebelum dibawa ke tebing sungai di sebelah Kampung Bakar Batu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bomba bersama-sama pasukan perubatan dan ambulan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sampai bagi memberi bantuan.

Namun, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

“Siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah malah barang berharga mangsa tidak hilang dan berada dalam kêreta di atas jembatan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – JT

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: