SULTAN JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH SEMPENA HARI HOL

SULTAN JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH SEMPENA HARI HOL

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, sempena Hari Hol, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibrahim.

Berdasarkan hantaran terbaru dalam Facebook baginda, Sultan Ibrahim turut menyiram air mawar serta menabur bunga pada makam ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ismail dan bonda, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Baginda juga berkenan menziarahi pusara anakanda, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, mengiringi bacaan doa di setiap pusara yang diziarahi baginda.

Turut bersama menziarahi Makam Diraja ialah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. – BH

(Visited 3 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: