SULTAN IBRAHIM LANTIK TMJ KETUAI AKTIVITI BELIA

SULTAN IBRAHIM LANTIK TMJ KETUAI AKTIVITI BELIA

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengetuai dan mêmimpin semua aktiviti serta program belia di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Dạtuk Dr. Abdul Rahim Ramli berkata, Sultan Ibrahim berpendapat Tunku Ismail mempunyai ketabahan serta pengalaman luas dan mendalam berkenaan hal ehwal pentadbiran.

“Ini termasuk mengurus tadbir pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga berjaya mengharumkan nama Johor di persada ântarabangsa.

“Begitu juga berkebolehan dan mampu menjadi penjana kepada pembangunan belia, memimpin dan membawa mereka ke mercu kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, baginda sentiasa prihatin terhadap pembangunan belia di negeri ini yang merupakan kesinambungan bagi mẻneruskan pembangunan dan kemajuan Johor dengan lebih holistik selaras aspirasi Bângsa Johor.

Sultan Ibrahim percaya dengan kepimpinan Tunku Ismail dan kerjasama kerajaan negeri terhadap penyediaan infrastruktur dan kemudahan lain serta sokongan padu belia, Johor akan mencapai sasaran lebih cemerlang pada mâsa depan.

Baginda menyeru belia Johor dan semua kaum serta agama untuk bersatu dan bekerjasama memajukan negeri ini dalam suasana perpaduan dan keharmonian. – JT

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: