SUHARNIZAN TERTEKAN TETAPI TERUS DAPAT SOKONGAN MORAL

SUHARNIZAN TERTEKAN TETAPI TERUS DAPAT SOKONGAN MORAL

JOHOR BAHRU – Suharnizan Md. Sidek yang menjadi mangsa body shaming masih tertekan kerana video dan gambarnya bersama-sama anak-anak masih boleh ditonton dan disebarkan dalam media sosial.

Walaupun begitu Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah, terus mendapat simpati terutama netizen yang terus memberikan kata-kata semangat dan motivasi terhadap dirinya.

Peguam Suharnizan, Mohd. Rasheed Hassan berkata, ramai netizen, keluarga serta sahabat yang memberi sokongan moral dan pihaknya mengucapkan kepada semua yang menunjukkan keprihatinan.

“Namun saya menasihatkan Suharnizan untuk tidak mengangkat panggilan dari nombor yang tidak dikenali bagi mengelak diganggu. Sejak laporan polis dibuat minggu lalu, tiada komen dalam media sosial seperti Facebook, Instagram dan medium lain yang dibuat Suharnizan.

“Sekiranya ada komen dari page atau site yang kononnya datang dari anak guam saya, ianya adalah palsu,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Jalan Tun Abdul Razak, Wadi Hana di sini hari ini.

Pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, Suharnizan menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook Eira Aziera.

Eira Aziera membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat kepada Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.

Bagaimanapun tindakan personaliti tersebut mendapat kecaman netizen sebelum Eira Aziera tampil sekali lagi dalam sebuah video memohon maaf atas perbuatannya, mendakwa gagal mengawal emosinya dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan ramai pihak rasa tersinggung.

Suharnizan ditemani peguamnya, Mohd Rasheed Hassan kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.

Mengenai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Universiti Multimedia Malaysia (MMU) sedang bekerjasama menjalankan penyelidikan berhubung keperluan undang-undang antibuli siber, beliau berkata, langkah itu tepat sekali.

“Ini cadangan yang bagus dan harap pihak berkenaan meneruskannya agar mangsa buli dan body shaming mendapat keadilan sepatutnya dan bukan sahaja daripada sudut jenayah, malah sivil juga,” katanya. – JT

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: