SPRM TAHAN EJEN HARTANAH BEBAS CUBA RASUAH

SPRM TAHAN EJEN HARTANAH BEBAS CUBA RASUAH

KLUANG – Gara-gara cuba menyogok seorang Pembantu Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK), seorang ejen hartanah ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang semalam.

Suspek yang berusia 41 tahun bertugas sebagai seorang ejen hartanah bebas ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang pada pukul 5 petang bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek memberi wang rasuah RM1,000 kepada Pembantu Penguat Kuasa MPK sebagai dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahannya.

Suspek didapati melakukan kesalahan di bawah JPU 24 Undang-Undang Kecil (UUK) 7(1) iaitu mempamerkan 16 iklan tanpa kebenaran yang mana jumlah kadar kompaun bagi kesalahan tersebut berjumlah RM8,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. – JT

(Visited 3 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: