SINGKATAN, LOGO PARTI SYED SADDIQ CIPLAK?

SINGKATAN, LOGO PARTI SYED SADDIQ CIPLAK?

JOHOR BAHRU – Angkatan Demokrasi Milenial Bersekutu (Muda) melahirkan kekesalan apabila nama parti politk baharu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ikatan Demokratik Malaysia menggunakan singkatan nama yang sama.

Aktivis Muda, Onn Mahathir Md. Nasir berkata, pihaknya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk golongan muda di negeri ini sudah terlebih dahulu menggunakan singkatan Muda.

Lebih menimbulkan tanda tanya, logo dan identiti parti baharu bekas Menteri Belia dan Sukan itu mirip NGO Muda.

“Dia boleh terus guna agenda untuk manipulasi dan tubuh seberapa banyak parti. Dia pernah gagal urus parti lama yang dia juga tubuhkan dan ternyata gagal.

“Kita tak boleh lupa yang Syed Saddiq adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal. Muda akan terus bergerak untuk pastikan agenda Syed Saddiq tidak bertapak di Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Syed Saddiq yang juga Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu hadir ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Putrajaya menghantar beberapa dokumen untuk pendaftaran parti baharu itu.

Menurut Syed Saddiq, Muda boleh disertai pelbagai kaum di Malaysia dan tiada had umur ditetapkan yang akan dipimpin anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, Onn Mahathir berkata, idea untuk menubuhkan NGO Muda digerakkan pada 2018 di negeri ini yang tujuannya bukan untuk melawan UMNO atau Pemuda UMNO sebaliknya menjadi penghubung untuk anak muda yang non partisan.

Menurutnya, ini bagi memastikan mereka tidak menghukum UMNO melalui persepsi semata-amata dan antara langkah awal dilakukan pihaknya adalah melalui Speaker Corner dengan Trak Muda Tour di Johor.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang, Intergriti dan Antarabangsa Dewan Muda Johor (DMJ) berkata, menerusi Muda golongan berkenaan diberi peranan suarakan aspirasi dan menolak janji-janji PH.

“Sehingga satu tahap, kita padukan tenaga jayakan Grand Finale Speaker Corner Pilihan Raya kecil (PRK) Tanjung Piai yang dibarisi anak muda non partisan bersama-sama pimpinan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri dan Pusat,” katanya. – JT

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: