JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas diperlakukan dengan kejam apabila dipukul, diikat pada kerusi dan disamun di rumahnya diJalan Sultan Ibrahim di sini 22 Ogos lalu.

Kejadian itu berlaku pada pukul 5 pagi ketika mangsa, 63, yang tinggal seorang diri di rumah itu sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, mangsa didatangi dua lelaki lalu mengikat warga emas itu di kerusi menggunakan paip hos dan pita pelekat.

“Mangsa juga dipukul oleh kedua-dua suspek dengan menggunakan kerusi besi sebelum barangan milik mangsa iaitu satu telefon bimbit, barangan kemas serta wang tunai dilarikan kedua-dua saspek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Mangsa katanya, diselamatkan anak perempuan mangsa berusia 30 tahun yang duduk di rumah lain datang ke rumah warga emas itu sebelum membuat laporan polis pada jam 8.40 pagi hari yang sama.

Menuritnya, mangsa dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk menerima rawatan kerana mengalami bengkak mata, lebam pada tangan dan bengkak di belakang kepala.

Kes tersebut katanya, disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bersabit kes di atas boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nizam Ramon menerusi talian 011-16086119 atau talian Hotline IPD JBS 07-2182323,” katanya. – JT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *