@POLISJOHOR TUMPASKAN DUA SINDIKET DADAH

POLIS JOHOR TUMPASKAN DUA SINDIKET DADAH

Oleh Abu Hanifah Muhamad

JOHOR BAHRU – Polis Johor menumpaskan dua sindiket dadah yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu dalam dua operasi berasingan pada 16 dan 19 September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi itu 13 suspek berusia antara 17 hingga 62 tahun ditahan.

“Nilai keseluruhan dadah dirampas adalah sebanyak RM210,993. Operasi pada 16 September membabitkan tiga serbuan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri.

“Dalam serbuan itu tujuh suspek ditahan termasuk seorang warganegara Singapura dan seorang wanita berserta pelbagai jenis dadah bernilai RM189,610.

“Hasil saringan urin mendapati empat daripada mereka positif dadah manakala pemeriksaan lanjut mendapati empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Katanya, operasi kedua yang dijalankan pada 19 September lalu membabitkan lima serbuan di sekitar Kulai dan Kluang.

Dalam operasi itu enam suspek ditahan termasuk seorang wanita berserta pelbagai jenis dadah bernilai RM21,383.

“Saringan urin mendapati tiga daripada mereka positif dadah, manakala semakan lanjut mendapati lima daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi kedua-dua operasi terbabit, polis turut menyita pelbagai barangan, antaranya empat buah kereta, barangan kemas, wang tunai dan sebuah motosikal bernilai keseluruhan RM273,700.

Kedua-dua sindiket itu yang dikenali sebagai sindiket Xiang dan Nathan mendapatkan bekalan mereka dari utara tanah air sebelum diproses untuk diedarkan bagi pasaran negeri ini. – JT

(Visited 8 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: