@POLISJOHOR LUPUSKAN DADAH BERNILAI RM14.6 JUTA

POLIS JOHOR LUPUSKAN DADAH BERNILAI RM14.6 JUTA

JOHOR BAHRU – Polis Johor hari ini melupuskan sejumlah 877.40 kilogram dan 251.63 liter pelbagai jenis dadah bernilai RM14.6 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 3,844 kes dadah dalam tempoh 2008 hingga 2019.

“Antara dadah berkenaan ialah heroin seberat 10.64 kilogram, kanabis (6.39 kilogram), ketamin (88.61 kilogram) dan syabu (90.5 kilogram).

“Polis Johor komited melaksanakan operasi membanteras sindiket jenayah terancang yang menjalankan aktiviti penyeludupan dadah di negara ini,” katanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, proses itu tidak terhenti sehingga suspek dihukum di mahkamah, katanya.

Polis juga perlu memastikan semua barangan dirampas dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut Ayob Khan, tahun lalu polis Johor melupuskan barang kes dadah dirampas sebanyak 159.07 kilogram dan 251.63 liter dadah bernilai RM20.61 juta.

“Kesemua barang kes ini dibawa ke tapak pelupusan yang terletak di Negeri Sembilan untuk dilupuskan mengikut SOP ditetapkan,” katanya.

Beliau memberitahu, sejak 1 Januari hingga 18 September tahun ini, polis Johor menahan seramai 14,368 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas 2.150 tan dadah bernilai RM25.64 juta. – JT

(Visited 6 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: