PERTEMBUNGAN BUKU DENGAN RUAS

PERTEMBUNGAN BUKU DENGAN RUAS

JOHOR BAHRU: Pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri malam esok dianggap pertemuan buku dengan ruas.

Perlawanan membabitkan dua pasukan itu boleh dianggap epik ketika skuad Harimau Selatan memerlukan kemenangan untuk berada dalam keadaan selesa bagi menghampiri kejuaraan liga ketujuh, manakala Selangor mahu bangkit daripada prestasi tidak menentu.

Pengendali JDT Benjamin Mora bagaimanapun enggan terlalu tertekan dan berharap tuah menyebelahi skuad bimbingannya untuk meneruskan pemburuan kejuaraan liga.

“Kita harap dapat terus mencapai kemenangan dengan Selangor di laman sendiri yang pasti tampak sengit, dan sedikit tuah untuk mencapai matlamat mempertahankan kejuaraan liga dengan lebih cepat.

“Kami tidak boleh terlalu selesa dan perlu memikirkan untuk capai kemenangan dalam setiap perlawanan. Malah harus berwaspada bagi mengelak berlaku kejutan,” kata Mora.

Yang pasti, pengendali kelahiran Mexico itu bakal menurunkan kesebelasan terbaik untuk berdepan anak didik B Sathianathan dan kelibat rangkaian serangan Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid dan Diogo Luis Santo akan mengemudi jentera serangan.

Tanpa Matthew Davies yang masih dalam proses pemulihan, posisi bek kanan bakal menyaksikan S Kunanlan akan beraksi bersama Mauricio Dos Santos, Aidil Zafuan Abd Radzak yang menggalas tugas selaku kapten dan La’ Vere Corbin-Ong. – BH

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: