PENGAWAL KESELAMATAN MATI DIHEMPAP POKOK

PENGAWAL KESELAMATAN MATI DIHEMPAP POKOK

Gambar ihsan bomba

JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan meninggal dunia selepas pondok pengawal keselamatan tempatnya bertugas dihempap sebatang pokok semasa ribut di Jalan Persona 1, Taman Pelangi Indah di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.44 pagi, Amir Muhammad, warganegara Pakistan, 40-an, cedera parah dan pondok keselamatan tersebut roboh.

Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dibantu sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasinya,
Penolong Bomba Kanan II Jasni Saidin berkata, pihaknya bertindak memotong pokok berkenaan bagi membolehkan mangsa dikeluarkan.

“Kita menggunakan peralatan khas iaitu chainsaw dan mengeluarkan pengawal keselamatan t√™rsebut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan yang hadir diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dan operasi ditamatkan pada pukul 5.16 pagi. – JT

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: