PEMILIK, PEKERJA KILANG DIREMAN PASANG BENDERA TERBALIK

PEMILIK, PEKERJA KILANG DIREMAN PASANG BENDERA TERBALIK

KULAI – Seorang pemilik kilang dan pekerjanya ditahan reman tiga hari kerana memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kilang plastik dan acuan di Kawasan Perindustrian Senai, baru-baru ini.

Majistret, Sharifah Maleeha Syed Hussin membenarkan tahanan reman itu terhadap pemilik kilang berumur 56 tahun dan pekerja lelaki warga Indonesia berusia 23 tahun itu di Mahkamah Kulai, hari ini.

Kes tersebut sebelum ini menjadi viral dalam media sosial sehingga mendapat kecaman netizen termasuk mahukan tindakan diambil terhadap mêreka yang terlibat sama ada sengaja atau ‘tidak sengaja’ melakukannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pemilik kilang dan pekerjanya itu ditahan di kilang terbabit jam 2.50 petang semalam selepas menerima maklumat daripada orang awam berikutan kejadian itu tular dalam Facebook.

Hasil soal siasat, majikan terbabit mengaku mengarahkan pekerjanya untuk menukar Jalur Gemilang yang lusuh dengan bendera baharu namun tidak membuat pemantauan semula.

“Siasatan mendapati pekerja warga asing itu baru tiga bulan bekerja di kilang tersebut. Dia telah memasang bendera seorang diri tanpa kehadiran majikan di lokasi.

“Majikan itu memberitahu pekerja terbabit telah memasang bendera negeri dengan betul tetapi bendera Malaysia dipasang terbalik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang & Nama (Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017 dan 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998. – JT

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: