MUZIUM EKO FOREST CITY KINI DIBUKA

MUZIUM EKO FOREST CITY KINI DIBUKA

JOHOR BAHRU – Muzium Eko Forest City yang terletak bersebelahan Hotel Antarabangsa Marina Forest City membuka pintunya kepada orang ramai mulai hari ini.

Pemaju hartanah terkemuka tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, fasa pertama pembangunan muzium itu yang merangkumi dewan pameran dan sebuah makmal penyelidikan sudah siap sepenuhnya.

Lebih 100 sampel hidupan marin di kawasan Forest City dipamerkan dalam muzium berkenaan.

Tiada bayaran dikenakan kepada para pengunjung.

Muzium tersebut dibuka mulai jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Sementara itu, makmal yang dibangunkan di situ akan digunakan untuk melakukan penyelidikan termasuk sebagai pusat bagi institusi dan universiti membuat akvititi penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai hidupan marin yang terdapat di Forest City.

Pembangunan fasa kedua pusat itu sudah bermula, manakala fasa ketiga masih dalam perancangan.

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: