MUHYIDDIN HADIR SIDANG DUN JOHOR

KOTA ISKANDAR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14, di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir tiba di Bangunan Sultan Ismail jam 10.50 pagi.

Ketibaan beliau disambut Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Kehadiran Muhyiddin pada sidang DUN kali ini adalah yang kedua selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan pada 29 Februari lalu.

Muhyiddin menjadi tumpuan dalam suasana dan polemik politik yang sedang berlaku di negeri ini ketika ini.

Aturan tempat duduk persidangan kali ini menyaksikan Muhyiddin duduk di sebelah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dan Datuk Dr. Sahruddin Jamal. – JT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *