MBJB ARAH TURUN JALUR GEMILANG, BENDERA JOHOR DI PREMIS AWAM, PERSENDIRIAN

MBJB ÂRAH TURUN JALUR GEMILANG, BENDERA JOHOR DI PREMIS AWAM, PERSENDIRIAN

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meminta pemilik premis awam dan persendirian di bandar raya ini untuk menurunkan bendera Johor dan Jalur Gemilang.

MBJB dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, langkah itu selaras dengan arahan kerajaan negeri menerusi Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil 2 Tahun 2018 Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah-daerah Johor.

“Semua bendera yang dinaikkan dan dikibarkan untuk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia hendaklah dinaikkan dua minggu sebelum Hari Kebangsaan dan diturunkan pada 17 September setiap tahun.

“Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu memastikan bahawa bendera Johor dan Jalur Gemilang dapat diturunkan dan disimpan dengan sebaiknya serta memastikan tiada bendera yang lusuh, koyak mahupun rosak dibiarkan di premis masing-masing,” menurut kenyataan itu. – JT

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: