MAYAT NELAYAN DITEMUKAN, SEORANG LAGI MASIH HILANG

MAYAT NELAYAN DITEMUKAN, SEORANG LAGI MASIH HILANG

MUAR – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang bersama-sama anaknya ketika mencari kepah di Sungai Muar berdekatan Tanjung Emas sejak
kelmarin ditemukan mayatnya hari ini.

Mayat Zainal Jerman, 61, ditemukan terapung pukul 3.25 petang oleh sekumpulan nelayan tempatan yang membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, mangsa ditemukan kira-kira satu batu nautika dari lokasi dua
beranak itu dilaporkan hilang semalam.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk pengecaman oleh waris. Anaknya, Muhammad Azwan, 25, masih
belum ditemukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, dua beranak yang juga nelayan bersama-sama dua lagi nelayan menangkap ikan di Sungai Muar.

Semasa menangkap ikan, bot yang mereka naiki rosak dan Zainal turun ke dasar sungai terlebih dahulu sebelum dipercayai terlepas
pegangan tali.

Melihatkan kejadian itu, anaknya membantu sebelum kedua-duanya dipercayai lemas.

Mohammad berkata, seramai 61 anggota Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) melakukan operasi SAR
mencari Muhammad Azwan.

Sebuah helikopter dan 18 bot digunakan dalam operasi berkenaan dan radius pencarian esok akan diperluaskan kira-kira 50 batu nautika. – JT

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: