@MYCoastGuard TAHAN KAPAL MINYAK DARI SINGAPURA

MARITIM TAHAN KAPAL MINYAK DARI SINGAPURA

PONTIAN – Maritim Malaysia Johor menahan sebuah kapal muatan minyak mentah dari Singapura kira-kira 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal ronda maritim menahan kapal tersebut pada pukul 12 tengah hari semasa melaksanakan pemeriksaan rutin Op Benteng Laut.

“Pemeriksaan mendapati kapal yang berdaftar dari Singapura itu gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal tersebut dikendalikan oleh nakhoda berusia 51 tahun serta lapan kru kapal yang berusia antara 31 tahun hingga 43 tahun.
Kesemua mereka lelaki warganegara Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua kru kapal dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai untuk diserahkan kepada bahagian siasatan Maritim Johor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: