MARITIM TAHAN KAPAL, BOT NELAYAN ASING – @MYCoastGuard

MARITIM TAHAN KAPAL, BOT NELAYAN ASING

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki dan sebuah bot nelayan ditahan dalam dua Ops Benteng Laut di timur Tanjung Siang, dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Tan Ah Bik berkata, kapal tangki berkenaan ditahan kapal ronda maritim kira-kira 14 batu nautika timur Tanjung Siang pada jam 1.35 petang.

“Pemeriksaan mendapati kapal tangki itu dikendalikan enam lelaki warganegara Indonesia berumur antara 24 hingga 63 tahun.

“Pemeriksaan ke atas dokumentasi mendapati kapal didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia. Mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen
491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana berlabuh tanpa pemakluman kepada Pengarah Laut Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tidak berapa lama selepas itu, kapal ronda maritim menahan sebuah bot nelayan asing tanpa nama disyaki dari Indonesia jam 3.02 petang pada kedudukan 14.2 batu nautika timur Tanjung Siang.

Ah Bik berkata, pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan dua kru warga Indonesia berumur 35 tahun dan 45 tahun.

“Kes akan disiasat mengikut Akta Akta Kastam 1967 kerana berapung-apung (hovering) dalam perairan Malaysia, Akta Imigresen 1959 Seksyen 5 kerana cubaan memasuki perairan Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan.

“Ini termasuk Akta Perikanan 1985 Seksyen 16(3) iaitu memasuki perairan Malaysia tanpa notifikasi,” katanya. – JT

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: