MANGSA KEBAKARAN ADA MASALAH PERIBADI

MANGSA KEBAKARAN ADA MASALAH PERIBADI

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki yang maut dalam kebakaran di tingkat dua sebuah kedai di Taman Melawati, Skudai dekat sini semalam dipercayai mengalami tekanan dan mempunyai masalah peribadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa berusia 29 tahun itu sudah dua bulan tidak bekerja dan sebelum ini bekerja dengan bapa saudaranya membuat perabot di tingkat bawah kedai itu.

“Menurut bapa saudaranya, mangsa adalah seorang penagih dadah. Dia telah setahun bercerai dengan isterinya dan mempunyai dua anak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.04 petang, Pan Cheng Bin, mati di tingkat atas kedai itu dan kematiannya menimbulkan persoalan kerana kebakaran berlaku hanya melibatkan perkakasan dalam bilik dan ruang tamu serta tidak melibatkan struktur bangunan.

Kebakaran tersebut dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian dan mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan tidak memakai baju dan berseluar pendek hanya melecur separuh badan.

Dzulkhairi berkata, semasa kebakaran, rakan sebelik mangsa cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berhasil.

Rakan sebilik mangsa katanya, mendapati asap keluar melalui tingkap dan apabila cuba masuk ke bilik mendapati pintu dikunci dari dalam.

“Dia turun ke bawah sambil memanggil mangsa dan nampak lelaki itu menutup tingkap. Rakan mangsa kemudian menghubungi pemilik bangunan iaitu bapa saudara mangsa.

“Apabila bapa saudara mangsa sampai dan naik ke tingkat atas bilik mangsa, dia memecahkan pintu bilik dan ketika itu asap sudah banyak sebelum bapa saudaranya turun semula ke bawah bangunan kedai.

“10 minit kemudian bomba datang memadamkan kebakaran dan mendapati hanya kerusi sofa dan kerusi pelastik sahaja terbakar manakala mangsa telah meninggal dunia. Ada kesan terbakar di lengan kanan dan pipi kanannya,” katanya.

Katanya, tempat kejadian merupakan rumah kedai dua tingkat dengan bahagian bawah merupakan kedai membuat perabut manakala tingkat atas ruang pejabat dan juga dijadikan tempat tidur.

Kes berkenaan ujarnya, diklasifisasikan sebagai mati mengejut. – JT

(Visited 6 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: