MAJIKAN SALAH GUNA SUBSIDI UPAH DISENARAI HITAM

MAJIKAN SALAH GUNA SUBSIDI UPAH DISENARAI HITAM

Oleh Abu Hanifah Muhamad

JOHOR BAHRU – Majikan yang didapati menyalahgunakan dana Program Subsidi Upah diperkenalkan pada 1 April lalu akan disenarai hitam.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihaknya menerima aduan daripada 846 pekerja berhubung kegagalan majikan membayar upah kepada mereka.

“Ada juga syarikat memberi dokumen palsu. Sehingga kini, sebanyak 1,663 syarikat dikenal pasti memberi maklumat palsu membabitkan 14,800
pekerja dan tuntutan adalah sebanyak RM31 juta.

“Kita ingin mengingatkan syarikat untuk tidak cuba mengambil kesempatan terutama dengan keadaan sekarang ini, selain kerajaan sedang buat semampu yang boleh untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF)
di Hotel Thistle di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penyambungan Program Subsidi Upah 2.0 membabitkan peruntukkan sebanyak RM2.4 bilion yang dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta pekerja.

Inisiatif diambil sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan beban majikan dan pekerjaan bagi fasa pemulihan ekonomi.

Saravanan berkata, walaupun sebahagian besar syarikat sudah memberikan kepada pekerja yang memerlukan, namun ada juga yang dipercayai mengambil kesempatan dengan keadaan sekarang.

Katanya, kerajaan memberi subsidi upah kepada syarikat yang tidak memberhentikan pekerja dan terus beroperasi, selain turut memberi insentif pengambilan pekerja kepada syarikat yang mengambil pekerja. – JT

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: