LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN

LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut dalam kebakaran di rumah kedai dua tingkat di Taman Melawati, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.04 petang, Pan Cheng Bin, 29, dipercayai berada di tingkat atas kedai itu dan tidak sempat melarikan diri.

Ketua Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mereka dibantu satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“kebakaran melibatkan perkakasan yang berada dalam bilik dan di ruang tamu serta tidak melibatkan struktur bangunan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kebakaran itu dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa yang ditemui mati dan melecur separuh badan dalam bilik tersebut. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, operasi tersebut selesai pada pukul 8.46 malam,” katanya. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: