LELAKI BANGLADESH DITETAK SEMASA DISAMUN

LELAKI BANGLADESH DITETAK SEMASA DISAMUN

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Bangladesh cedera selepas ditetak seorang lelaki dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit di Taman Sentosa, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.20 petang semasa
mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang bekerja di kedai runcit tersebut.

“Semasa kejadian mangsa berada di kedai runcit itu sebelum didatangi sebuah kereta berwarna biru. Suspek lelaki tempatan yang berusia
dalam lingkungan 30-an keluar dan kemudian menyerang mangsa.

“Suspek menetak tangan kiri dengan menggunakan pisau pemotong sayur sebelum memukul kepala mangsa dengan menggunakan kotak resit sebelum
melarikan telefon bimbit. Kerugian mangsa dianggarkan RM300,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu menyalurkannya kepada pegawai penyiasat menerusi talian 014 6270 324 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323. – JT

(Visited 3 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: