KEPUTUSAN PENUH: GRS 38, WARISAN 32, BEBAS 3

KEPUTUSAN PENUH: GRS 38, WARISAN 32, BEBAS 3

KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya membentuk kerajaan baharu dengan majoriti tipis apabila memperoleh 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Berdasarkan laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiga parti utama yang membentuk GRS iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya menewaskan gabungan Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus yang memperoleh 32 kerusi DUN.

PN memperoleh 17 kerusi DUN, manakala BN menang 14 dan PBS pula meraih kemenangan di tujuh kerusi yang ditandingi, menjadikan keseluruhan 38 kerusi DUN.

Gabungan WARISAN Plus pula, iaitu WARISAN menang 29 kerusi DUN, manakala PKR menang dua kerusi dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pula meraih satu kerusi, dengan keseluruhan 32 kerusi.

Tiga lagi kerusi DUN dimenangi oleh calon Bebas.

Parti yang bertanding perlu memperoleh sekurang-kurangnya 37 kerusi untuk menang dengan majoriti mudah dalam PRN Sabah.

Kemenangan GRS kali ini menyaksikan mereka berjaya merampas tampuk pemerintahan negeri itu daripada WARISAN yang mentadbir Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – BH

(Visited 6 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: