in

JENAZAH KADI JB SELAMAT DIKEBUMIKAN

JENAZAH KADI JB SELAMAT DIKEBUMIKAN

Oleh Abu Hanifah Muhamad

JOHOR BAHRU – Jenazah Kadi Johor Bahru, Mohd. Fahami Abd. Samad, 45, salamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mount Austin di sini hari ini.

Upacara pengkebumian Allahyarham dihadiri lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara, rakan dan orang kenamaan.

Antara yang hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Penasihat Majlis Agama Islan Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot.
dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Allahyarham meninggalkan isteri, Fauzi Norani Madzlan, 42, dan empat anak berusia 18, 16, 10 dan tiga tahun.

Mohd. Fahami meninggal dunia dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Kampung Air Batang, Pulau Tioman, Rompin, semalam.

Tosrin ketika ditemui berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar
terutama bagi umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, Allahyarham Mohd Fahami banyak menyumbang jasa terutama dalam bidang dakwah sejak berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) kira-kira 15 tahun lalu.

“Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat dedikasi, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas terutama sebagai pendakwah,” katanya.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Amir Fuhaira, 18, berkata, ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan namun sentiasa memberi nasihat kepadanya sebagai anak tunggal lelaki agar bertanggungjawab menjaga keluarga.

Dia terkejut dengan pemergian ayahnya kerana baru bertemu pagi jumaat lalu sebelum bertolak ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menyambung pengajian.

“Rasa terkejut, semasa terima panggilan daripada pak cik memaklumkan ayah sudah tiada dan meminta saya segera pulang menaiki kapal terbang, saya berada di Terengganu ketika itu.

“Ayah seorang yang tegas, dia selalu pesan kepada kami supaya sentiasa utamakan ibu daripada dirinya,” katanya. – JT

(Visited 71 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0