JALALUDIN TERAJUI CAWANGAN KHAS JOHOR

JOHOR BAHRU – Bekas Ketua Cawangan Khas (KCK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Senior Asisten Komisioner Jalaludin Hamid dilantik mengetuai Cawangan Khas Johor berkuat kuasa hari ini.

Jalaludin, 56, menggantikan Deputi Komisioner Ahmad Ramdzan Daud yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetian Cawangan Khas Bukit Aman.

Jalaludin berkata, beliau akan meneruskan legasi serta kecemerlangan yang sudah dicapai Jabatan Cawangan Khas diterajui Ahmad Ramdzan.

“Saya tertarik dengan ucapan Ketua Polis Johor yang mahukan pemimpin mempunyai fikiran kritis, konvervatif dan kreatif.

“Tiga kata ini bukan sahaja untuk difahami tetapi perlu dipraktikan untuk mencapai objektif penugasan kita di dalam dunia kepolisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas KCK di IPK Johor Bahru di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis ialah Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Jalaludin yang berasal dari Temerloh, Pahang berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 34 tahun dan pernah bertugas di Kedah, Pahang dan Kelantan. – JT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *