DUA BERANAK DIKHUATIRI LEMAS

DUA BERANAK DIKHUATIRI LEMAS

MUAR – Dua beranak yang juga nelayan dikhuatiri lemas semasa menangkap ikan bersama-sama dua lagi nelayan di Tanjung Emas, Sungai Muar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, Zainal Jerman, 61, dan anaknya Muhammad Azwan, 25, bersama-sama Low Guan Ching, 37, dan Muladi Abdullah, 40, yang merupakan warga Indonesia turun ke sungai.

Johor Times difahamkan, semasa menangkap ikan, bot yang mereka naiki rosak dan Zainal turun ke dasar sungai terlebih dahulu sebelum dipercayai terlepas daripada pegangan tali.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, melihatkan kejadian itu, anaknya kemudian bergegas menuruni sungai berkenaan sebelum kedua-duanya gagal ditemukan hingga kini.

“Dua lagi rakan mangsa yang turut berada dalam bot dilaporkan selamat dan akan dipanggil bagi memberikan keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Jefri Jamal berkata, seramai 20 anggota dibantu anggota dari BBP Tangkak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mereka turut dibantu 16 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM). Sehingga kini operasi masih dijalankan,” katanya.

Menurutnya, SAR tersebut turut dibantu dua jentera Fire Rescue Team (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu bot aluminium dari BBP Muar. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: