CUBAAN SELUDUP DADAH GAGAL, SYABU DISEMBUNYIKAN DALAM PELAMPUNG

CUBAAN SELUDUP DADAH GAGAL, SYABU DISEMBUNYIKAN DALAM PELAMPUNG

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dâdah jenis syabu yang disembunyikan
dalam bungkusan teh Cina sebelum memasukkannya dalam dua buah pelampung di perairan Tanjung Piai, Pontian, hari ini

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Johor, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, pihaknya menemukan dâdah itu pukul 3.10 pagi pada kedudukan 1.9 batu nautika bârat daya Tanjung Piai.

“Pelampung têrsebut đililit dengan pelekat hitam dan diikat pada boya. Apabila diperiksa, didapati terdapat empat bungkus teh Cina seberat 4.10 kilogram (kg) dengan purata 1.03kg bagi setiap bungkusan.

“Empat bungkus teh Cina tersebut mengandungi serbuk kristal disyaki metamfetamin atau syabu. Nilainya dianggarkan RM225,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Johor, di sini hari ini.

Jelasnya, sindiket pengedaran dâdah itu mènggunakan modus operandi baharu dengan memasukkan dalam dalam pelampung sebelum ditinggalkan pada boya.

Kemudian sếorang akan datang mènggunakan bot nelayan dan mengambil dâdah itu lalu membawanya ke kawasan sempadan sebelum diambil sebuah bot lain dari negara jiran untuk diseludup masuk.

Beliau berkata, kejayaan tersebut adalah hasil maklumat risikan pihak Maritim Malaysia sebelum pemeriksaan menemukan dua pelampung putih berukuran 35.56 sentimeter setiap satu terikat pada boya tersebut.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Dâdah Berbahaya 1952,” katanya. – JT

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: