CADANGAN NAIKKAN KADAR KOMPAUN DIPERHALUSI

Oleh Abu Hanifah Muhamad

KOTA TINGGI – Cadangan menaikkan kadar kompaun
kesalahan melanggar Presedur Operasi Standard (SOP) akan diperhalusi selepas mendapat pandangan dan maklum balas masyarkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 perlu dipinda terlebih dahulu bagi merealisaikan cadangan itu.

“Kementerian Kesihatan sedia bawa akta ini untuk dipinda pada sidang Parlimen masa akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Pelitup Muka Kepada Pertubuhan Gabungan Tahfiz Negeri Johor dan Pelancaran Harga Istimewa Pelitup Muka di Pasaraya Econsave Daiman Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Operasi Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam.

Perdana Menteri dalam pengumuman khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam mencadangkan kadar kompaun dinaikkan dua atau tiga kali ganda kepada mereka yang ingkar SOP.

Pada masa kini, Akta 342 hanya memperuntukkan denda maksimum RM1,000 terhadap orang ramai yang meningkari SOP.

Adham berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam Kabinet kerana pada masa sama ada Ahli Parlimen yang meminta kadar kompaun sedia ada dikurangkan.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan memutuskan
pendekatan merekodkan suhu badan pelanggan di mana-mana premis masih wajar diteruskan ketika ini.

Menurutnya, kaedah tersebut merupakan langkah awal mengesan pelanggan yang bergejala untuk disaring malah menjadi pelaksanaan wajib di luar negara.

“Contohnya penularan dan kewujudkan kluster baharu ketika ini, puncanya daripada kegagalan tiada suhu badan dan aplikasi MySejahtera di sebuah premis sehingga menyukarkan Kementerian Kesihatan mengesan kontak.

“Fever scan ini dua cara, kalau ada tempat detect merah akan diasingkan mereka dan diberi nasihat untuk saringan dan rawatan.

“Sekiranya di kedai dan pasar raya, ada kewajaran pendekatan rekod suhu badan masih lagi diperlukan. Selain gejala batuk dan selsema, demam juga merupakan cara mengesan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19),” katanya. – JT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *