BUNG MOKTAR ATAU HAJIJI, TYT PERLU SEDIKIT MASA

BUNG MUKTAR ATAU HAJIJI, TYT PERLU SEDIKIT MASA

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor, berada di Istana Negeri bagi menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, ketika ini.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan di Magellan Sutera Resort di sini, dipercayai membabitkan isu calon Ketua Menteri Sabah yang turut dihadiri pemimpin PN Pusat serta BN.

Turut kelihatan, Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Kira-kira jam 1.50 tengah hari, Hajiji dan Masidi keluar meninggalkan bilik perbincangan tetapi enggan menjawab soalan wakil media, sebaliknya sekadar menyatakan calon Ketua Menteri belum diputuskan.

Tidak lama kemudian, Bung Moktar keluar dari bilik sama dan apabila ditanya, beliau mengesahkan perlu ke Istana untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri.

Ditanya sama ada beliau akan menghadap Yang di-Pertua Negeri bersama Hajiji, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu menjawab: “Ya.”

Mengenai isu calon Ketua Menteri, beliau berkata, ia akan ditentukan Yang di-Pertua Negeri. – BH

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: