BEKAS JURUTEKNIK PERLU SUMBANGAN ORANG RAMAI

BEKAS JURUTEKNIK PERLU SUMBANGAN ORANG RAMAI

Oleh Abu Hanifah Muhamad

KOTA TINGGI – Seorang bekas juruteknik memerlukan sumbangan orang ramai untuk menampung kos perbelanjaan bulanannya yang agak tinggi.

Fauzidatul Akmar Sa’fiee, 35, dari Teluk Jeri, Tanjung Sedili di sini kini terlantar selepas diserang angin ahmar dan segala keperluannya diuruskan bapanya.

Menurut bapanya, Sa’fiee Abas, 61, Fauzidatul kini menggunakan lampin pakai buang dan minum susu khas selain perlu menjalani pemeriksaan tiga kali sebulan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

“Fauzidatul yang merupakan anak sulung daripada empat beradik kini sudah boleh menggerakkan sedikit tangannya. Saya tidak bekerja kerana sudah berusia dan segala perbelanjaan Fauzidatul ditanggung daripada duit bantuannya.

“Dia menerima bantuan RM500 sebulan daripada pihak Baitulmal. Duit ini digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu khas dan membayar bil elektrik dan air,” katanya selepas menerima sumbangan susu khas daripada sebuah pertubuhan bukan kerjaan (NGO), Volunteer Pasir Gudang, hari ini.

Menceritakan detik hitam anaknya, Sa’fiee berkata, tanggal 18 April 2016 mengubah hidupnya selepas melanggar tiang lampu di Jalan Mawai di sini dalam hujan lebat.

Fauzidatul mengalami cedera parah dan mengakibatkannya koma selama sebulan dan apabila sedar lumpuh seluruh badan.

Semasa kemalangan Fauzidatul hanya bekerja kampung dan sebelum itu sebagai juruteknik di syarikat televisyen berbayar di Masai, Pasir Gudang sebelum terjatuh dan berhenti kerja.

Sementara itu, Presiden Volunteer Pasir Gudang, Nurul Ain Zakaria berkata, pihaknya akan menyumbangkan kerusi roda kepada Fauzidatul dalam masa terdekat dan sedang memohon sumbangan sebuah katil.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan ke dalam akaun bank Bank Simpanan Nasional (BSN) Sa’fiee, iaitu 01200_41_00011101_5 atau menghubunginya menerusi talian 01115820169. – JT

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: