BEKAS GURU WANITA MAUT JATUH BANGUNAN

BEKAS GURU WANITA MAUT JATUH BANGUNAN

JOHOR BAHRU – Seorang wanita meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan pusat beli-belah di Tampoi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada pukul 12.55 tengah hari.

“Hasil siasatan mendapati wanita berusia 26 tahun itu merupakan bekas seorang guru swasta dan pernah mendapat rawatan psikitari kerana masalah kemurungan. Siasatan juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini.

“Kes diklasifisasikan sebagai mati mengejut dan siasatan akan diteruskan. Bedah siasat akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat berkatian pada talian hotline IPD Johor Bahru Utara 07-5563122. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: