BAYI PEREMPUAN BERTALI PUSAT DITEMUKAN DI BALAI RAYA

BAYI PEREMPUAN BERTALI PUSAT DITEMUKAN DI BALAI RAYA

MERSING – Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemukan di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut, di sini hari ini.

Bayi berkenaan ditemuikan pada pukul 2 petang selepas pihak polis dimaklumkan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, bayi berkenaan ditemukan dalam keadaan diletakkan atas kain dalam beg oleh penduduk kampung yang melalui kawasan itu.

“Bayi perempuan terbabit kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tenglu sebelum dimaklumkan dalam keadaan sihat dan cukup sifat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasil siasatan katanya, bayi perempuan dijangka berusia 24 jam dan tidak diketahui kaumnya kerana semasa ditemui tidak berpakaian.

Katanya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan dan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – JT

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: