BAYI LELAKI DIBUANG DI TEPI TONG SAMPAH

BAYI LELAKI DIBUANG DI TEPI TONG SAMPAH

JOHOR BAHRU – Seorang bayi lelaki yang dibaluti dengan kain lampin ditemukan orang awam di tepi tong sampah di hentian bas Jalan Mahmoodiah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, bayi berusia 16 hari itu ditemukan oleh seorang lelaki yang melalui jalan itu pada pukul 6.15 petang.

“Bayi tersebut dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan kain lampin dan di sebelahnya terdapat botol susu, namun tiada sebarang dokumen diri ditemukan.

“Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sejak semalam tular dalam media sosial beberapa keping gambar bayi yang dijumpai di perhentian bas berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmood hingga mendapat kecaman dan simpati netizen.

Menurut Mohd. Padzli, suspek yang membuang bayi itu masih belum dikenal pasti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – JT

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: