BANJIR KILAT: 3 BERANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA

BANJIR KILAT: 3 BERANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA

KLUANG – Tiga beranak yang menaiki kereta Proton Saga terperangkap dalam banjir kilat di Pasar raya Econsave Kluang, Jalan Mersing di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.17 petang, seorang wanita, 47, dan dua anaknya yang berusia 10 dan 11 tahun terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

Difahamkan wanita itu yang memandu kereta Proton Saga itu terperangkap di tengah banjir kilat sedalam setengah meter.

Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasi dari BBP Renggam, Penguasa Bomba Kanan II Norhisam Ihwan berkata, tiga beranak itu berada dalam kereta kira-kira setengah
jam sebelum pihak bomba tiba.

“Pihak bomba menolak kereta tersebut hingga ke kawasan yang tidak dinaiki air. Ketiga-tiga mereka selamat dan operasi tamat pada pukul 7.05 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: