ATM BERKAS PEMANDU TEKSI CUBA SELUDUP 3 PATI INDONESIA

KOTA TINGGI, 24 Sept – Cubaan seorang pemandu teksi untuk bersubahat dalam aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak berhasil, apabila ditahan oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) di kawasan Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor.

Penahanan tersebut dibuat oleh kumpulan ronda 1 RAD yang mengesan sebuah teksi jenis Proton Exora dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan pada jam 11.30 pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Divisyen) dalam kenyataan berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, pemandu teksi yang berusia 70 tahun itu memaklumkan bahawa kenderaannya mengalami kerosakan.

“Namun, hasil siasatan lanjut dan pemeriksaan telefon bimbit beliau telah mendapati pemandu tersebut sedang menunggu untuk mengangkut PATI,

“Susulan itu, kumpulan rondaan digerakkan ke lokasi untuk melaksanakan penjejakan di sekitar kawasan tersebut,

Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM57,930.45 termasuk kenderaan jenis Proton Exora serta wang tunai serta 3 buah telefon bimbit.

“Kesemua PATI dan pemandu teksi telah di bawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dibuat pemeriksaan serta saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tambahnya. – airtimes.my

(Visited 6 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: