ALFATIHAH…BEKAS MB TERENGGANU MENINGGAL DUNIA

ALFATIHAH…BEKAS MB TERENGGANU MENINGGAL DUNIA

Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur akibat sakit tua.

Berita kematian bekas Menteri Besar Terengganu paling lama itu
dimaklumkan anak Allahyarham, Wan Abdul Hakim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih menerusi entri terbaharu dalam laman sosial, Facebook beliau.

Allahyarham Wan Mokhtar menerajui kepimpinanan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dari 1974 hingga 1999.

Dimaklumkan jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas Zuhur.

Salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Wan Mokhtar Ahmad (1932-2020).

(Visited 7 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: