4 NEGERI BERMINAT CONTOHI SUBJEK KESULTANAN ISLAM JOHOR

4 NEGERI BERMINAT CONTOHI SUBJEK KESULTANAN ISLAM JOHOR

PASIR GUDANG – Modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) Kesultanan Islam Johor yang diperkenalkan awal bulan ini di 578 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) akan dicontohi sekolah agama di empat negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, empat negeri berkenaan akan menggunakan modul PnP tersebut untuk dimasukkan dalam silibus pendidikan sekolah agama masing-masing.

“Modul PdP itu akan menjadi rujukan serta contoh mata pelajaran berkenaan sejarah kesultanan di negeri masing-masing. Kementerian Pendidikan pun ada minta pada kita (kerajaan negeri) menjadikan satu contoh untuk dikembangkan ke empat negeri.

“Saya difahamkan sudah ada empat negeri yang berminat kurikulum kesultanan Islam Johor ini,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam bersama-sama tiga anak mereka melawat Sekolah Agama Taman Kota Masai, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot; Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Datuk Md. Rofiki A. Shamsudin dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Tosrin berkata, subjek Kesultanan Islam Johor sudah diperkenalkan di semua SAKJ bagi Darjah Satu hingga tiga sebelum diperluaskan ke Darjah Empat hingga Enam pada tahun depan diikuti Darjah Khas pada tahun 2021.

Mata pelajaran tersebut diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dan Johor adalah negeri pertama yang memperkenalkannya bertujuan supaya generasi muda mengetahui sejarah dan mengenali institusi diraja mereka.

“Generasi muda sekarang dilihat kurang memahami sejarah negeri khasnya sejarah kesultanan Johor. Ia turut merangkumi gambar dalam buku itu. Jadi anak-anak akan mengenali sejarah Johor, bila sekolah agama dibuka, bila Sultan Johor ditabalkan,” ujarnya. – JT

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: