3 MANGSA BOT KARAM DITEMUKAN TERDAMPAR DI PULAU TEKONG

3 MANGSA BOT KARAM DITEMUKAN TERDAMPAR DI PULAU TEKONG

JOHOR BAHRU – Dua remaja tempatan dan seorang warga Singapura yang keluar menangkap ikan di perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam ditemukan terdampar di Pulau Tekong, Singapura hari ini.

Ogeven Ogen, 14, dan Timutius Tan, 16, berasal dari Teluk Kabong, Pasir Gudang yang merupakan sepupu manakala Ong Gim Hong, 55, rakyat Singapura ditemukan pada pukul 9 pagi dalam keadaan selamat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, mereka kemudian dibawa ke Jeti Teluk Kabong sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Jarak antara jeti itu ke Pulau Tekong kira-kira 3 atau 4 batu nautika sahaja. Mereka dipercayai dihanyutkan ombak selepas bot karam.

“Penemuan semua mangsa yang terdampar di pulau itu dimaklumkan Ketua Kampung Teluk Kabung kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pagi tadi.

“Mangsa memaklumkan bot yang dinaiki mereka karam selepas dipukul ombak semasa menjaring di perairan Pengerang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiganya pergi menangkap ikan di perairan Pengerang pada 3 petang semalam dan keluarga mereka membuat laporan polis pada pukul 9.45 malam tadi selepas semuanya tidak pulang dan gagal dihubungi.

Sejurus itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada pukul 10.30 malam tadi yang diselaraskan APMM meliputi keluasan 20 batu nautika persegi menggunakan sebuah bot Maritim Malaysia dan bot Pasukan Polis Marin (PPM) dibantu nelayan tempatan. – JT

(Visited 3 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: