3 DITAHAN SAMUN WARGA EMAS

3 DITAHAN SAMUN WARGA EMAS

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan kesa samun dan mencederakan seorang wanita warga emas di Taman Pelangi di sini pada 22 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, bertindak atas maklumat, pada pukul 6 petang, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah D9 membuat serbuan sekitar bandar raya ini.

Katanya, ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 39 tahun diberkas dalam tiga serbuan berasingan.

“Ekoran tangkapan ini, polis merampas empat unit telefon bimbit, kunci kereta, sekeping surat kontrak jual beli dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi milik suspek yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan samun.

“Hasil soal siasat awal, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian pecah rumah dan samun di Taman Pelangi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Padzli berkata, mereka melakukan samun pada pukul 5 pagi semasa wanita berusia 60an itu sedang bersendirian di rumah sebelum tiga suspek tersebut memecah masuk dan mencederakannya.

Tiga lelaki berkenaan mencederakan mângsa dengan menggunakan kerusi besi hingga menyebabkan bengkak di bahagian belakang kepala, lebam di
tangan kanan dan mata bengkak sebelum melakukan samun.

Menurut beliau, kumpulan tersebut dipercayai baru sebulan terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan samun.

Semakan rekod ujarnya, mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau bagi kes jenayah, dadah dan lain-lain kesalahan jenayah.

Kes itu katanya, disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – JT

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: