246 DIKOMPAUN DALAM DUA PUSAT HIBURAN

246 DIKOMPAUN DALAM DUA PUSAT HIBURAN

JOHOR BAHRU – Seramai 246 individu RM1,000 dikompaun kerana gagal mematuhi peraturan dan tídak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan
semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika berhibur di pusát hiburan malam tadi.

Mereka diperiksa dalam satu operasi bersepadu melibatkan polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di dua buah pusat hiburan yang bermula kira-kira pukul 10 malam.

Operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7)
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan Majlis Bandararaya Johor Bahru (MBJB).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kêsemua yang ditahan itu berusia antara 15
hingga 63 tahun melibatkan pelbagai warganegara.

“Saringan air kencing mendapati seorang lelaki tempatan berusia bawah 17 tahun ditahan kerana positif dadah jenis metamfetamin. Selain itu seorang lelaki warganegara Singapura berusia 63 tahun ditahan kerana gagal kemukakan dokumen pasport.

“Seramai 11 individu masing-masing terdiri daripada seorang lelaki warga Taiwan, lelaki warga Nigeria, lelaki warga United Kingdom, lelaki China, lelaki Yamen dan wanita Indonesia serta lima wanita Thailand ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya yang mengetuai operasi tersebut, warganegara asing itu berusia 18 hingga 36 tahun didapati tinggal melebihi tempoh masa termasuk ada yang tidak memiliki pasport.

Ayob memberitahu, warga asing itu dan individu yang positif dadah direman bermula hari ini.

Mereka yang ditahan itu katanya, disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta
Imigresen 1959/63 serta Perkara 11 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020.

Menurutnya, siasatan awal mendapati premis terbabit mempunyai lesen tetapi melanggar operasi standard prosedur (SOP) yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Polis Johor berharap masyarakat akan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di sekeliling mereka . – JT

(Visited 3 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: