2 MAYAT DITEMUKAN DALAM SUNGAI MUAR

2 MAYAT DITEMUKAN DALAM SUNGAI MUAR

MUAR – Seorang lagi nelayan yang dilaporkan hilang bersama-sama bapanya ketika mencari kepah di Sungai Muar berdekatan Tanjung Emas di sini sejak kelmarin ditemukan mayatnya hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata, mayat Muhammad Azwan Zainal, 25, ditemukan pada pukul 9.30 pagi oleh Pasukan Polis Marin (PPM).

“Mayat mangsa ditemukan 3.8 batu nautika dari lokasi mangsa lemas bersama-sama bapanya. Mayat dibawa ke darat melalui Jeti Polis Marin dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang, Zainal Jerman, 61, dan anaknya, Muhammad Azwan bersama-sama Low Guan Ching, 37, dan Muladi Abdullah, 40 yang merupakan warga Indonesia turun ke Sungai Muar.

Bot yang mereka naiki kemudian rosak dan Zainal turun ke dasar terlebih dahulu sebelum dipercayai terlepas daripada pegangan tali, melihatkan kejadian itu, anaknya membantu sebelum kedua-duanya lemas.

Mayat Zainal ditemui terapung pada pukul 3.25 petang semalam oleh sekumpulan nelayan tempatan yang membantu pasukan keselamatan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sementara itu, BBP Muar menerima panggilan daripada orang awam menyatakan terdapat mayat yang tersangkut pada pokok nipah berhampiran Jambatan Kedua Muar pada pukul 5.30 petang tadi.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Johar Tumin berkata, mayat Lim Wee Leong, 34, ditemukan selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail 1 pada pukul 3.42 petang semalam.

“Mayat lelaki tersebut dibawa ke Jeti Polis Marin dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada pukul 6.05 petang,” katanya. – JT

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: