2 LELAKI DIBERKAS PECAH MASUK RUMAH

2 LELAKI DIBERKAS PECAH MASUK RUMAH

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan dua lelaki semasa memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Indah, di sini kelmarin.

Kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 41 tahun melakukan jenayah itu pada pukul 12.20 tengah hari semasa tuan rumah tersebut berada di Singapura disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun, kehadiran dua suspek itu disedari seorang wanita yang merupakan jiran mangsa.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, jiran mangsa terlihat sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina warna emas diletakkan di lorong belakang rumah mangsa.

“Kemudian seorang daripada suspek masuk ke rumah mangsa. Menyedari rumah mangsa dipecah masuk, jiran tersebut menghubungi pihak polis.

“Bertindak atas maklumat, pada pukul 12.30 tengah hari sepasukan polis dari IPD Iskandar Puteri ke tempat kejadian dan memberkas kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Polis merampas masing-masing satu unit alat pemotong, playar dan batang besi berbentuk T, dua pasang sarung tangan kain, dua unit telefon bimbit, satu pemutar skru dan kenderaan tersebut.

Menurut beliau, siasatan mendapati kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama adik salah seorang suspek.

Kedua-dua suspek yang tidak bekerja didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamfetamin dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – JT

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: