in

COVID-19: KES JANGKITAN LEPASI 24 JUTA, LEBIH 800 RIBU KEMATIAN

NEW YORK: Kes akibat pandemik COVID-19 global melepasi 24 juta, pada Rabu, mengikut laporan Pusat Sains dan Sistem Kejuruteraan (CSSE), Johns Hopkins University.

Mengikut data CSSE, jumlah kes global mencapai 24,000,302, dengan jumlah 821,654 kematian, di seluruh dunia yang dicatatkan pada 3.28 petang semalam.

Amerika Syarikat (AS) paling tertinggi terjejas akibat mencatat wabak itu, iaitu sebanyak 5,807,480 kes dan 179,235 kematian, diikuti oleh Brazil dengan 3,669,995 kes dan 116.580 kematian. India mengesahkan lebih daripada 3.2 juta kes akibat wabak yang sama.

Negara yang mencatat lebih daripada 500,000 kes adalah termasuk Russia, Afrika Selatan, Peru, Mexico dan Colombia, manakala negara lain dengan lebih daripada 40,000 kematian dilaporkan termasuk Mexico, India dan Britain.- AGENSI

(Visited 15 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0